Dato' Dr.Sheikh Muszaphar selaku Angkasawan Negara telah pun dilantik oleh Empire Classic Furniture selaku duta bagi jenama Empire "Premiere". Pelantikan yang dimaklumkan kepada media itu berlangsung di salah sebuah cawangan Empire Classic Furniture di Ampang. Pemilihan Angkasawan Negara ini berdasarkan ciri-ciri beliau yang mempunyai karisma dan aura tersendiri dimana ia mampu memberikan pulangan yang baik kepada pemilik syarikat Empire Classic Furniture iaitu Mr. Tan Lian Chai.