Anita Sarawak, Duta kepada Empire menjelang tahun kelima pada tahun 2011 memilih ikon yang tidak asing lagi di persada seni Malaysia, Anita Sarawak dan suaminya sebagai duta produk sememangnya pilihan tepat buat mereka. Apatah lagi Anita sendiri begitu menjiwai konsep sebegini semenjak menata kediamannya di Vegas dahulu.

“Saya sukakan perabot Empire Classic Furniture kerana ia begitu serasi dengan konsep pilihan saya. Perabot klasik ibarat satu fesyen yang dapat bertahan lama dan tidak jemu dipandang,” jelas Anita. Menurutnya lagi, dia meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap kualitinya di mana merupakan elemen penting dalam pelaburan ketika membeli perabot. Mungkin ramai yang beranggapan perabot di Empire Classic Furniture hanya sesuai digayakan di kediaman berkeluasan besar.

Anita sendiri menafikannya. Baginya, setiap orang perlu pandai memilih dan memadankan perabot walaupun mempunyai kediaman bersaiz kecil. Anda hanya perlu membeli dalam kuantiti yang bersesuaian dengan keluasan kediaman bagi menampilkan impak kediaman yang lebih mewah. Klasik bukanlah ekspresi yang cuba disampaikan tetapi nilai fesyen dan kualiti menjadi keutamaan di Empire Classic Furniture. Bak kata Anita, “ilham kontemporari datang dan pergi, tetapi klasik sentiasa berkekalan di hati.”